Sunday, April 22, 2012

Teras Kayu & Khasiatnya ( 1 )

Assalamualaikum. Atas permintaan daripada pengunjung blog sekalian, disini saya akan paparkan nama-nama teras kayu yang terdapat pada blog ini beserta khasiatnya, insya-Allah.

TERAS KAYU PENAWAR

1. Kemuning Hitam
2. Hitam Arang
3. Raja Kayu / Damar Minyak
4. Kemuning Kuning
5. Kemuning Brunei
6. Kemuning Emas
7. Petai Belalang
8. Teras Betik
9. Koka
10. Koka Bukit
11. Kayu Tas
12. Teras Asam Jawa
13. Tongkat Ali
14. Mata Kucing
15. Penawar Hitam
16. Teras Gemunggal / Kelor

TERAS KAYU PEMBISA

1. Sulur Bertam
2. Ibor
3. Nibong Tunggal
4. Nibong Batu
5. Teras Rengas
6. Bayas
7. Pucang Kalak / Bujang Galak 
8. Palas Gunung


Teras Kayu & Khasiatnya ( 2 )

Seterusnya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan penawar dan pembisa?

PENAWAR

Teras-teras yang bercirikan penawar dapat menyembuh dan mencegah penyakit-penyakit zahir dan batin. Penyakit zahir ialah seperti penyakit kulit (gatal, melecur, dsb), pening kepala, sakit perut, sakit gigi, dan banyak lagi. Manakala penyakit batin pula ialah seperti gangguan makhluk halus, dizalimi orang, hasad dengki dsb.

Cara Penggunaannya :
1. Minum air rebusan / rendaman teras tersebut ( hendaklah ditapis ).
2. Asah dan lumur pada bahagian yang sakit ( biasanya sakit kulit ).
3. Rendam bahagian yang sakit didalam air yang telah direndam teras ( biasanya sakit melecur).
4. Mandi dengan air yang telah direndam teras.
5. Simpan teras didalam kocek atau dibuat berzikir dengan tasbih daripada teras kayu penawar itu.

Untuk pengetahuan pengunjung, kami sendiri telah mengamalkan meminum air Teras Kemuning Hitam, mengasah dan melumur pada bahagian yang gatal, merendam anggota tubuh yang melecur, dan menggunakan tasbih Teras Kemuning Hitam. Antara kesan yang dapat dirasai ialah :

1. Amalan minum : untuk 1,2 hari, perut akan memulas dan kerap ketandas. Selepas daripada itu, kembali normal. Khasiatnya kulit menjadi tegang dan tidak kering, mencuci usus dsb.
2. Amalan rendam : anggota tubuh yang melecur tidak akan berasa pedih / panas setelah direndam selama 5 minit ( bergantung kepada tahap melecur).
3.Asah dan lumur : bahagian yang sakit akan menjadi kering.

Teras Kayu & Khasiatnya ( 3 )

PEMBISA

Biasanya teras kayu pembisa digunakan untuk memelihara daripada binatang2 liar dan berbisa. Digunakan juga untuk membalas perbuatan jahat seseoarang kepada kita seperti pencuri dsbnya.

Cara Penggunaanya :
( seperti teras kayu penawar )

Pantang Larang :
1. Tidak boleh dibuat sebagai alat untuk memukul. Contohnya, merotan anak dengan kayu nibong. Boleh menyebabkan lumpuh.
2. Tidak boleh disapu pada tubuh badan. Boleh menyebabkan gatal.
3. Dan banyak lagi.

"setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". Begitulah dengan teras pembisa. Walaubagaimanapun, "mencegah lebih baik daripada mengubati" .

Teras Kayu & Khasiatnya ( 4 )

"Tidak ada yang memberi bekas melainkan Allah تعالئ jua"
Inilah antara maksud yang terkandung dalam kalimah لا إله إلا الله .

Kita sekarang berada di alam dunia iatu alam asbab. Ada perkara yang memerlukan usaha dan ikhtiar dan ada perkara yang kita hanya berserah kepada Allah تعالئ jua. Walaupun begitu, usaha dan ikhtiar kita tidak memberi bekas. Contohnya, seseorang yang ditimpa suatu penyakit dan berusaha dengan memakan ubat, maka yang menyembuhnya ialah Allah تعالئ . Kerana ada yang memakan ubat tetapi sehingga sekarang belum sembuh penyakitnya. Tidaklah menjadi syarat bahawa makan ubat itu boleh menyembuh cuma sudah menjadi adat kebiasaan, sudah ramai yang sembuh dengan memakan ubat. Adapun perkara kenabian, wahyu dsbnya, itu bukanlah perkara yang boleh didapat dengan jalan usaha dan ikhtiar, hanya ketentuan daripada Allah تعالئ jua.

Bagi mereka yang ingin menjadikan teras-teras kayu penawar ini sebagai alternatif kedua dalam pengubatan penyakit, pihak kami hanya memberi jaminan berpandukan kepada kitab-kitab perubatan karangan ulama silam dan cerita dari mulut ke mulut orang-orang tua dan juga daripada pelanggan kami yang telah berhasil manfaatnya. والله أعلم