Wednesday, September 30, 2015

Teras Setar dan Teras Miyor


Buah Setar



Buah Kundang Hutan



Buah Gemia




ALKISAH TERAS SETAR dan TERAS MIYOR.

Alhamdulillah, hari ni tersingkap sudah persoalan apa itu teras setar dan apa itu teras miyor dalam bahasa persuratan. 😊😊😊

Rupa-rupanya, pokok Setar ni, nama rasmi dia Kundang Hutan. Manakala pokok Miyor pula nama dia ialah Kundang Daun Kecil. Dah macam Malim Kundang lah pula.😆😆😆

Ni catatan serba sikit pasal dua pokok ni. Agak panjang. Tapi tak pe, santai-santai duduk di kampung sempena balik raya ni, mana tahu terjumpa pokok ni tumbang. Tengok2 ada teras bleh pm saya na. 😉

MIYOR
Pokok Miyor juga dikenali sebagai Remnia, Remia, Gemia, Kundang, Kundang Daun Kecil, Kemior, atau Kundang Rumenia,  merupakan sejenis tumbuhan buah tropika yang digelar pokok Kundang yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Nama saintifiknya adalah Bouea oppositifolia (Roxb.) Adelb.

Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.
Ia biasanya jarang ditanam, dan biasanya hidup separuh liar, tumbuh liar di hutan-hutan tanah rendah. Pokoknya besar dan padat, sesuai dijadikan perlindungan tetapi lambat membesar. Buahnya seakan-akan buah kundang.

Buah masak rasanya masam-masam manis dan dimakan segar, buah muda terlalu masam dan biasanya dibuat jeruk atau acar.

Pokok menyerupai pokok Setar tetapi batangnya berwarna kelabu gelap hingga ungu keperangan dan ranting-ranting panjang dan kecil. Berbuah mengikut musim.

Dua jenis pokok Kundang adalah:-
Pokok Kundang Daun Kecil/Pokok Rumenia ("Bouea oppositifolia")
Pokok Kundang Daun Besar/Pokok Setar ("Bouea macrophylla Griff.")

SETAR
Pokok Setar atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff. Pokok Setar (Bouea macrophylla Griff.) merupakan asal usal nama bandar Alor Setar adalah daripada nama pokok Setar ini yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.

Dua jenis pokok Kundang adalah:-
Pokok Kundang Daun Kecil/Pokok Rumenia ("Bouea oppositifolia")
Pokok Kundang Daun Besar/Pokok Setar ("Bouea macrophylla Griff.")
Ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae, dan memiliki kaitan dengan pokok mangga.

Jadi sahabat yang dah beli tasbih teras miyor dengan saya hari tu, simpan elok-elok tasbih tu. Pokok miyor dengan pokok setar ni, susah dah nak jumpa sekarang ni, apatah lagi terasnya. 

Jenis-jenis pokok yang masam macam ni, teramat bagus dijadikan sebagai pendinding diri. 

Antara dalam koleksi Teras-teras yang Masam : -
Teras Setar
Teras Remia 
Teras Asam
Teras Mangga
Teras Cermai

Ni kalau buat pendinding ni, mujarab ni..hehehh