TERAS KAYU
Entri kali ini, kami ingin berkongsi dengan sahabat berkenaan Teras
Kayu (heartwood) iaitu satu bahagian dalam pokok yang sangat unik dan mempunyai
khasiat yang amat banyak.
STRUKTUR KAYU
Tahukah sahabat, struktur pokok kayu secara umumnya boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian :-
- kulit (bark)
- gubal (sapwood)
- teras (heartwood)
- gubal (sapwood)
- teras (heartwood)
Kejadian asal batang kayu ialah daripada gubal (sapwood). Gubal
ialah satu struktur yang menjadi perantaraan untuk menyalurkan air dan mineral
kepada akar dan pucuk.
Tahun berganti tahun, apabila pokok semakin tua dan batangnya
semakin membesar, satu perubahan struktur mula berlaku. Pokok yang besar,
memerlukan sokongan yang kuat dan padu, bukan hanya melalui akar, bahkan
melalui batangnya sendiri. Sel-sel berdekatan dengan bahagian tengah batang
akan mati tetapi masih berhubung dengan gubal.
Manakala gubal kayu yang sudah berusia pula, akan turut sama mati
dan akan bercantum dengan sel mati pada bahagian tengah kayu tadi. Gabungan
sel-sel mati inilah yang dipanggil teras kayu. Pada waktu ini, mineral dan air
yang mengalir didalam batang akan diserap oleh teras kayu.
Disebabkan mineral-mineral yang terkumpul inilah yang membuatkan
teras kayu menjadi struktur yang tahan kepada serangan serangga dan
organisma-organisma pereputan. Juga, kerana inilah teras kayu (heartwood)
menjadi semakin hari semakin gelap dan semakin keras.
Jadi, tidak hairanlah kalau kita menjumpai batang pokok yang luarannya
nampak buruk atau sedang mereput, tetapi apabila ditakik, kita akan dapat rasa
sesuatu yang sangat keras dalam batang kayu tersebut. Itulah Teras Kayu yang
menjadi buruan ramai.
MENGENAL TERAS KAYU
Cara paling mudah untuk kita bezakan antara Gubal Kayu (sapwood)
dan Teras Kayu (heartwood) ialah pada warnanya. Majoriti warna Teras Kayu
(heartwood) ialah gelap. Biasanya coklat gelap.
Ianya bergantung kepada umur Teras Kayu (heartwood) tersebut. Lagi
lama Teras Kayu (heartwood) berada didalam batang, lagi gelap warnanya.
Antara cara lain untuk mengenal teras kayu (heartwood) ialah
melalui berat kayu tersebut. Biasanya Teras Kayu (heartwood) akan lebih berat
berbanding Gubal (sapwood) dan kulit (bark).
Selain itu, Teras Kayu (heartwood) juga boleh dikenal melalui bunyi
yang terhasil akibat pertembungan mata parang atau kapak dengan teras kayu
(heartwood).
Sebelum teras kayu (heartwood) yang berada ditengah batang pokok
dapat diambil, gubal kayu (sapwood) mestilah dibuang terlebih dahulu.
Ada 3 Proses membuang Gubal Kayu (sapwood):-
1. Menggunakan Gergaji Besi
2. Menakik dengan kapak dan parang
3. Membiarkan anai-anai memakan Gubal Kayu.
2. Menakik dengan kapak dan parang
3. Membiarkan anai-anai memakan Gubal Kayu.
Disini, kami ingin fokus kepada cara kedua, iaitu menakik.
Semasa proses menakik dilakukan. Gubal Kayu (sapwood) akan dibuang
secara sedikit demi sedikit. Apabila sudah hampir kepada bahagian tengah batang
pokok yang berteras, biasanya kita akan dapat rasai perbezaan pada bunyi. Bunyi
menakik Gubal Kayu (sapwood) tidak sama dengan bunyi menakik Teras Kayu
(heartwood). Mata kapak yang terkena Teras Kayu (heartwood) akan menghasilkan
bunyi seperti besi bertemu besi.
Disinilah kita boleh nilai sendiri betapa
kerasnya Teras Kayu (heartwood) berbanding Gubal Kayu (sapwood).
USIA TERAS KAYU
Setiap pokok mempunyai akar yang berbeza dan batang yang bermacam
jenis. Ada pokok yang berakar tunjang dan ada pokok yang berakar serabut. Ada
juga pokok yang berbatang keras dan juga pokok yang berbatang lembut.
Secara umumnya, sebatang pokok mengambil masa berpuluh tahun bahkan
beratus tahun untuk menghasilkan teras dibahagian tengah batangnya.
Namun, tidak mustahil bagi sebatang pokok itu untuk menghasilkan
teras dalam waktu yang singkat dengan perubahan ekosistem, ekologi dan
biodiversiti waktu ini.
LOKASI POKOK YANG BERTERAS
Pokok yang berteras tidak semestinya berada didalam hutan belantara
dikelilingi oleh bukit-bukau gunung-ganang. Terdapat juga pokok berteras yang
boleh didapati di kampung dan desa. Semuanya bergantung kepada jenis pokok.
Saya ambil contoh, pokok Kemuning Hitam ; Murayya Paniculata.
Spesis Kemuning Hitam hanya boleh ditemui di kawasan hutan yang berbukit batu
kapur. Lebih tepat lagi di tepi lereng bukit. Jadi usah bermimpi untuk mencari
Teras Kemuning Hitam di belakang rumah atau di kawasan kampung berhampiran.
Adapun pokok Gemunggal atau Remunggai ; Moringya, pokok ini senang
didapati didalam kampung, bukit dan pulau. Cuba lah rakan sahabat cakna dan
ambil perhatian terhadap setiap pokok yang tumbang di kawasan masing-masing.
Perhatikanlah samada pokok tersebut berteras atau sekadar batang kayu berwarna
putih kuning langsat yang langsung tidak ada teras didalamnya.
WARNA TERAS KAYU
Lazimnya Teras Kayu (heartwood) berwarna gelap berbanding Gubal
Kayu (sapwood). Apabila Teras Kayu (heartwood) sudah dipotong dan terdedah
kepada haba luar, lama kelamaan warnanya akan menjadi semakin gelap. Ini kerana
lubang pori yang terdapat pada Teras Kayu (heartwood) sudah terdedah kepada
udara luar.
Warna Teras Kayu (heartwood) semestinya lebih gelap daripada warna
Gubal Kayu (sapwood). Tapi tak dinafikan, ada juga warna Teras Kayu(heartwood)
yang hampir sama dengan warna Gubal Kayu (sapwood).
Biasanya, ini terjadi disebabkan usia Teras Kayu (heartwood) itu masih muda atau dengan kata lain, Teras Kayu (heartwood) tersebut baru sahaja terbentuk.
Biasanya, ini terjadi disebabkan usia Teras Kayu (heartwood) itu masih muda atau dengan kata lain, Teras Kayu (heartwood) tersebut baru sahaja terbentuk.
KELEBIHAN TERAS KAYU
Dalam ketiga-tiga struktur tersebut, Teras Kayu (heartwood) ialah
struktur yang paling bernilai kerana Teras Kayu (heartwood) ialah struktur kayu
yang paling keras dan paling tahan lama.
Terdapat 3 kelebihan utama bagi Teras Kayu (heartwood) yang menjadi
buruan para peminat teras kayu.
1. Teras Kayu (heartwood) tidak mudah terdedah kepada jangkitan
kulat. Jarang sekali kulat-kulat kelihatan pada permukaan teras, biarpun teras
tersebut dibiarkan pada keadaan panas dan lembap sepanjang masa.
2. Kelembapan dalam Teras Kayu (heartwood) jauh lebih rendah
berbanding Gubal Kayu (sapwood).
3. Apabila Teras Kayu (heartwood)melalui proses pengeringan, risiko
keretakan pada Teras Kayu (heartwood) sangat tipis. Maksudnya Teras Kayu
(heartwood) tidak mudah retak, sumbing atau pecah jika terjatuh
Tapi perlu diambil perhatian, jika Teras Kayu (heartwood) dibiarkan
dibawah haba panas, risiko keretakan sangat lah tinggi kerana pada waktu itu,
kelembapan dalam kayu akan menurun dan kayu menjadi semakin kering.
Sebab itu bagi mereka yang menggunakan Tasbih Teras Kayu, sangat disyorkan supaya tidak membiarkan tasbih tersebut didalam kereta yang berhaba panas.
Sebab itu bagi mereka yang menggunakan Tasbih Teras Kayu, sangat disyorkan supaya tidak membiarkan tasbih tersebut didalam kereta yang berhaba panas.
4. Dalam satu tempoh masa, Teras Kayu (heartwood) akan menjadi
semakin keras, disebabkan kandungan serat yang terdapat didalamnya sudah
bercantum kesemuanya.
KHASIAT TERAS KAYU
Sebenarnya, inilah yang paling bernilai bagi Teras Kayu, iaitu
khasiatnya. Seringkali apabila dibicarakan perihal khasiat Teras Kayu, pasti
adanya unsur-unsur mitos dan mistik yang bermain dibibir pembicara.
Dalam pertemuan saya dengan seorang Pensyarah Kejuruteraan di
sebuah IPTA terkemuka di negara kita ini, beliau memberitahu bahawa, didalam
kayu ini, terdapat gelombang-gelombang yang berbeza. Lebih-lebih lagi pada
Teras Kayu.
Pada peringkat awal, beliau tidak percaya tentang khasiat Teras
Kayu yang mana majoriti mengatakan boleh menghalau anasir-anasir halus. Tetapi
setelah beliau menerima sebuah mesin untuk mengesan gelombang dalam tumbuhan
(bagi kajian Fakulti beliau), beliau telah membuat uji kaji antara
tasbih-tasbih Teras Kayu. Ternyata, Tasbih Teras Kayu yang baru siap, Tasbih
Teras Kayu yang masih baru dipakai dan Tasbih Teras Kayu yang sudah lama
dipakai, mengeluarkan bacaan gelombang yang berbeza-beza.
Ini menyokong kuat bahawa Teras Kayu ini terdapat aura dan
gelombang yang tersendiri. Jadi tidak hairan lah kalau sesetengah haiwan liar
atau makhluk halus, tidak suka kepada sesetengah Teras Kayu ini. Samada kerana
bau atau gelombang yang dikeluarkan oleh Teras Kayu tersebut.
Betapa uniknya ciptaan Allah taala. Maha Suci Allah yang tidak
menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Hanya manusia itu dibatasi akal fikirannya.
Berbalik kepada perbincangan mengenai khasiat Teras Kayu.
Ada 4 kategori khasiat Teras Kayu yang dapat saya simpulkan
disini:-
1. Penawar
2. Pendinding
3. Pembisa
4. Pengasih
2. Pendinding
3. Pembisa
4. Pengasih
Setiap khasiat diatas perlu kepada perincian daripada Ahli Kayu
yang Alim dalam Bidang Agama supaya tidak terpesong Akidah dan pegangan
seseorang. Masakan tidak, ada segelintir golongan yang sangat taksub kepada
Teras Kayu.
Sehinggakan apabila mereka memegang Teras Kayu, mereka boleh
merasai aura dan gelombang Teras Kayu tersebut sehingga berdiri bulu roma dan
yang lebih parah lagi, sampai menitiskan air mata. Subhanallah.
Cuba kita bandingkan, apakah masa kita pegang Al Quran, Kitab Suci
daripada Langit, adakah kita gerun dan menangis dengan cerita azab didalamnya?
Dan kita berasa gembira dan asyik dengan janji-janji kemenangan dan kenikmatan
didalamnya? Begitulah bandingannya.
Sedangkan Nabi SAW sendiri bersabda, mafhumnya,”apabila engkau
membaca Al-Quran, maka menangislah. Apabila kamu tidak mampu menangis (akibat
kerasnya hati), maka buat-buat menangislah”.
Sahabat-sahabat Nabi SAW semuanya menangis apabila membaca
Al-Quran. Tanda hati mereka ini hidup. Hati mereka rindu dengan syurga dan
dalam masa yang sama, takut dan gentar dengan azab daripada-Nya.
PENUTUP
Akhir kata, sesuai dengan visi kami iaitu untuk memperkenalkan seni
kayu handmade berkualiti tinggi, maka sahabat-sahabat sudah tentu boleh menilai
sendiri betapa susah dan banyaknya cabaran dalam mencari teras-teras kayu ini.
Selain itu, sahabat juga boleh menilai, tujuan kami membuat tasbih
secara khususnya daripada teras kayu ini, bukan hanya untuk dibuat zikir,
bahkan lebih daripada itu lagi.
Secara asasnya, zikir menggunakan jari pun sudah memadai dan zikir
sirr (dalam hati) pun boleh. Tapi kami ingin mengangkat nilai dan seni Teras
Kayu yang ada di Nusantara ini melalui Tasbih khususnya.
insyAllah dilain waktu, kami akan kongsikan pula cara pembuatan
Tasbih Handmade ini.
Kami juga memohon maaf jika ada tersalah bicara dalam penulisan
diatas. Semua maklumat diatas adalah berdasarkan pembacaan, pengalaman dan
perbincangan dengan sahabat-sahabat yang berpengalaman dalam bidang ini.
*boleh Share atau CopyPaste dan kredit kepada kami.
😊
======
untuk mengetahui info=info terkini dan terbaru daripada kami,
Follow Fb : Warisan Nusantara - Tasbih, Tongkat dan Oud