Kanan - Ibui yang digilap beserta kulit
Kiri - Ibui yang dibuang kulit
Bawah - Kulit asal buah Ibui
Tasbih Ibui Campuran Kulit dan Yang dibuang Kulit
Iboi
Pohon kayu yang sangat keras buahnya serta penuh dengan keajaiban bagi yang mengetahui dan menelusuri hakikatnya.
Terdapat di utara semenanjung dan semakin pupus dan sukar didapati sekarang.
Pohon kayu yang penuh khasiat buah dan kayunya. Dikisahkan hanya berbuah 30 tahun sekali. wallahua'lam
Banyak digunakan untuk membuat biji tasbih dan gelang. Kayu terasnya dibuat cincin dan digunakan untuk perubatan serta buahnya dibuat tasbih untuk mengingati Allah..
Gred buah yang baik kalau diambil dari yang jatuh bertebaran dari pecahan tangkainya dan terpendam dalam tanah pada jangka waktu tertentu berwarna kehitaman kulit luarnya. Khasiat umum untuk pendinding dan penawar dengan kaedah dan petua.
Antara khasiat lain yang dikisahkan:-
1. Menghindar dari segala gangguan jin dan syaitan
2. Penawar bisa dan penyakit dengan kaedah dan petua
3. Mereka yang sering terkejut histeria di pakai gelang iboi atau simpan buah iboi... insyaAllah
4. Mengelak dari dipukau
5. Melancar jalannya darah dan saraf..baik untuk kes2 terapi lumpuh
6. Mudah pengisian dan penyerapan zikir menggunakan tasbih iboi dengan kaedah...dan jalan
Dan banyak lagi..semuanya dengan izin Allah jua..
Pada tahun2 70an buah iboi ini sangat dikenali dikalangan jemaah tarekat disebelah Patani kerana gunanya dijadikan buah tasbih untuk berzikir dan berwirid manakala disebelah selatan Siam buah iboi yang direndam dengan air besi ditapa dalam tanah selama 40hari dengan amalan tertentu untuk dijadikan tasbih sebagai senjata.
Buah tasbih iboi ini juga sangat digemari dikalangan perguruan2 kebatinan dan persilatan kerana daya pengisian dan penyerlahan ilmu bagi yang memakainya.
Zaman sekarang pohon iboi sangat sukar didapati dan kalau ada pun sudah tidak berbuah lagi..kata orang berbuahnya hanya sekali dalam 30 tahun..wallohualam.
=============================
Untuk sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di +6011 1991 5484