Mengikut petua orang-orang tua, percaman (tanda) paling mudah untuk mengetahui satu-satu pokok itu berteras ataupun tidak, ialah dengan melihat kepada batang pokok itu. Jika ia berlubang atau istilah yang biasa dipakai oleh orang kita , iaitu pokok itu sakit, Insya-Allah 90% adalah terasnya. Mengikut kajian saintifik, apabila satu-satu tumbuhan itu ditimpa penyakit, ia akan mengeluarkan semacam antibodi bagi menahan penyakit tersebut daripada merebak keseluruh pokok itu. Antibodi inilah yang kita panggil teras dan teras inilah yang menjaga pokok itu daripada rosak dan sebagainya. Biasanya kalau terjumpa teras pun, adalah ketebalannya dalam 0.5 cm hingga 1cm yang mana ia mengelilingi pokok tersebut. Memang susah untuk dapat teras yang tebal. Kira tawakkal sengoti kata orang Kelantan. Namun, ada juga sesetengah mereka yang mendapat alamat seperti mimpi atau sebagainya, menyuruh supaya pergi ambil teras pada tempat-tempat tertentu dan pada masa-masa yang telah disyaratkan. Bagi saya, itu terpulang kepada pengajian masing-masing. Saya sendiri, sebelum habis teras kayu, saya akan ke bukit-bukit dan gua-gua di hulu Kelantan bersama beberapa kenalan untuk mencari teras. Biasanya tempat yang dituju itu, sudah ramai orang yang bercakap bahawa teras sekian-sekian banyak disitu. Tetapi, kadang-kadang, kami pulang dengan tangan kosong pun ada! Bergantung pada rezeki. Sekarang ini, saya jarang sekali keluar mencari kayu. Maklumlah, masih ingin memenuhkan ilmu didada ini. Kebanyakan teras yang saya ada, saya perolehi daripada orang-orang tua dan kenalan-kenalan rapat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Seterusnya, mengenai puntung-puntung kayu ini, kita dapat menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. iaitu dengan cara meneroka alam semulajadi ini dan tahulah kita bahawa betapa agungnya tuan punya milik semua ini. Banyak lagi yang masih menjadi rahsia bagi kita. Benarlah firmanNya iaitu, "sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat itu, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula". Kewujudan teras-teras kayu juga membuktikan kepada kita betapa terbatasnya akal fikiran ini. Selain itu, kita juga boleh bersandar kepada para alim ulama bahawa perkara teras ini tidak bercanggah dengan agama. Ini kerana terdapat segelintir ulama yang menulis kitab khusus mengenai teras kayu dan batu permata. Sesetengah kitab ditulis dalam bahasa Arab.
Insya-Allah, perbetulkan kepercayaan dalam diri, ikhlaskan niat, berjalanlah diatas muka bumi ini dengan penuh rasa rendah diri nescaya akan terbuka segala pintu-pintu rahsia yang telah disediakan bagi mereka yang terpilih sahaja.

No comments:
Post a Comment