Tuesday, June 28, 2011

Teras Kayu Boleh Menulis?

Salam Persaudaraan.

Entri kali ini akan berkongsi sedikit sebanyak maklumat mengenai Teras Kemuning Hitam. Pokok Kemuning Hitam tergolong dalam kategori balak. Walaupun diameternya boleh mencecah sehingga beberapa meter, namun tidak semestinya pokok tersebut mempunyai teras.

3 percaman utama teras kemuning hitam:
- apabila direndam akan mengeluarkan warna kuning.
- warna kayu yang hitam (teras yang sudah matang), manakala warna coklat kekuningan ialah teras yang belum matang.
- kulit bahagian dalam berwarna kelabu.

Panggilan:
-Teras Kemuning Hitam : kerana kayunya berwarna hitam
-Teras Kemuning Kuning : kerana apabila direndam, mengeluarkan warna kuning

Khasiat:
1. Rawatan awal kepada masalah:-melecur, penyakit kulit, masalah penghadaman dsb.
2. Boleh dijadikan sebagai pendinding diri
3. Air rendaman teras kemuning hitam bersifat panas (bergantung kepada jenis darah dan tubuh seseorang).
4. Awet muda (amalan turun-temurun)

Saturday, May 7, 2011

Subhanallah....Betapa Indahnya Penciptaan-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم

Mengikut petua orang-orang tua, percaman (tanda) paling mudah untuk mengetahui satu-satu pokok itu berteras ataupun tidak, ialah dengan melihat kepada batang pokok itu. Jika ia berlubang atau istilah yang biasa dipakai oleh orang kita , iaitu pokok itu sakit, Insya-Allah 90% adalah terasnya. Mengikut kajian saintifik, apabila satu-satu tumbuhan itu ditimpa penyakit, ia akan mengeluarkan semacam antibodi bagi menahan penyakit tersebut daripada merebak keseluruh pokok itu. Antibodi inilah yang kita panggil teras dan teras inilah yang menjaga pokok itu daripada rosak dan sebagainya. Biasanya kalau terjumpa teras pun, adalah ketebalannya dalam 0.5 cm hingga 1cm yang mana ia mengelilingi pokok tersebut. Memang susah untuk dapat teras yang tebal. Kira tawakkal sengoti kata orang Kelantan. Namun, ada juga sesetengah mereka yang mendapat alamat seperti mimpi atau sebagainya, menyuruh supaya pergi ambil teras pada tempat-tempat tertentu dan pada masa-masa yang telah disyaratkan. Bagi saya, itu terpulang kepada pengajian masing-masing. Saya sendiri, sebelum habis teras kayu, saya akan ke bukit-bukit dan gua-gua di hulu Kelantan bersama beberapa kenalan untuk mencari teras. Biasanya tempat yang dituju itu, sudah ramai orang yang bercakap bahawa teras sekian-sekian banyak disitu. Tetapi, kadang-kadang, kami pulang dengan tangan kosong pun ada! Bergantung pada rezeki. Sekarang ini, saya jarang sekali keluar mencari kayu. Maklumlah, masih ingin memenuhkan ilmu didada ini. Kebanyakan teras yang saya ada, saya perolehi daripada orang-orang tua dan kenalan-kenalan rapat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Seterusnya, mengenai puntung-puntung kayu ini, kita dapat menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. iaitu dengan cara meneroka alam semulajadi ini dan tahulah kita bahawa betapa agungnya tuan punya milik semua ini. Banyak lagi yang masih menjadi rahsia bagi kita. Benarlah firmanNya iaitu, "sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat itu, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula". Kewujudan teras-teras kayu juga membuktikan kepada kita betapa terbatasnya akal fikiran ini. Selain itu, kita juga boleh bersandar kepada para alim ulama bahawa perkara teras ini tidak bercanggah dengan agama. Ini kerana terdapat segelintir ulama yang menulis kitab khusus mengenai teras kayu dan batu permata. Sesetengah kitab ditulis dalam bahasa Arab.
Insya-Allah, perbetulkan kepercayaan dalam diri, ikhlaskan niat, berjalanlah diatas muka bumi ini dengan penuh rasa rendah diri nescaya akan terbuka segala pintu-pintu rahsia yang telah disediakan bagi mereka yang terpilih sahaja.


Asam Jawa, Celagi, Galih Asam, Tangkal Acem (Tamarindus Indicus Linn)

Bertemu kembali. Kali ini, mari kita berkenalan dengan Teras Asam Jawa. Pokok Asam sangat popular di Indonesia dengan tinggi mencapai 30m dan diameter mencapai 60-70 cm. Jika di Malaysia, masyarakat disini 'mengangkat' teras gemunggal, manakala di Indonesia pula sebaliknya. Pokok Asam amat banyak di negara kita lebih-lebih lagi di Negeri Kedah (sekadar pengembaraan singkat saya). Sudahlah banyak, besar-besar pula tu. Kebanyakan yang saya jumpa, saiznya dua tiga mmeluk (istilah orang kelantan). Tapi, bila datang semula untuk melihat samada ada teras atau tidak, alahai, nak buat sebiji butir tasbih pun tak boleh, apatah lagi seutas tasbih. Namun, setelah lama mencari teras ini dan minta dicarikan, Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana tercapai juga hajat untuk menggunakan Tasbih daripada teras ini.

Antara Khasiat Teras Asam:

- asam jawa dan pokoknya : digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawas
- teras kayunya : pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera.
- kulit buah dan kulit kayu : ubat cirit-birit. Ini kerana ia mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar.
- daun : air rebusannya diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan.
- kulit kayu : dijadikan losyen untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser, dan gatal keraan terkena gigitan serangga.

Selain itu:

1. Teras ini biasanya ditanam di empat penjuru rumah bagi tujuan mengelak kecurian dan sebagainya. Sesetengah mereka hanya menggantungkannya diatas pintu utama rumah.
2. Menolak anasir luar seperti sihir, ilmu tenung dsb.
3. Biasanya diletakkan sekali dengan teras kayu tahi (yang berbau busuk) bagi menambahkan lagi khasiatnya.

Asam Jawa dan Dunia Luar

Di Eropah, asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ.
Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa, gula dan kayu manis. Asam jawa yang belum dimasak, direbus dan air rebusannya diminum untuk mengubati selsema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.
Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau direbus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.
Di Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional ialah sebagai pelawas buang air besar.
Di Jamaica, air rebusan daun asam diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.


"tiada penyakit yang Allah jadikan tiada ubatnya melainkan mati dan tua"


Seribu Satu Hikmah

Salam persaudaraan kepada rakan-rakan diluar sana.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t iaitu mengenai khasiat-khasiat teras kayu. Sebelum itu, saya ingin senaraikan dahulu nama-nama teras kayu dan kayu yang saya pernah lihat, miliki, dan teras-teras yang saya dengar khabaran daripada orang-orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

1. Kemuning Hitam
2. Kemuning Kuning
3. Kemuning Emas
4. Kemuning Brunei
5. Kemuning Tahi Ayam
6. Kemuning Kabong
7. Raja Kayu
8. Damar Minyak
9. Kayu Calok
10. Kayu Cendana
11. Kayu Cenderawasih
12. Teras Gaharu
13. Teras Betik
14. Teras Pisang
15. Teras Kekabu
16. Teras Ara
17. Teras Lako
18. Teras Keluat Darah
19. Teras Keluat Merah
20. Teras Keluat Hitam
21. Teras Larak Kucing
22. Teras Larak Pisang
23. Larak Salah
24. Teras Setanduk
25. Teras Star
26. Teras Sudu
27. Teras Mangga
28. Teras Beka
29. Teras Asam Jawa
30. Teras Gemunggal
31. Teras Gemunggal Bukit
32. Buluh Tumpat
33. Ibo
34. Nibong Tunggal
35. Sulur Bertam
36. Tas Jantan
37. Tas Betina
38. Ular Cinta Mani Laut
39. Ular Cinta Mani Darat
40. Bahar Putih
41. Teras Cica
42. Teras Buih
43. Teras Akar
44. Madang Sisik
45. Teras Tembuning Hitam
46. Teras Tembuning Merah
47. Koka Bukit
48. Teras Delima
49. Teras Petai Belalang
50. Ngibu
51. Teras Beluru
52. Teras Guni Hitam
53. Teras Penawar Hitam
54. Kemuning Kunyit
55. Tempurung Buta
56. Penunduk
57. Penunduk Merah
58. Penunduk Gajah
59. Teras Semeru
60. Semeru Gajah
61. Teras Bunga Kertas
62. Teras Paku Pakis
63. Teras Keladi
64. Kayu Berlian
65. Teras Sawa Nila
66. Kayu Celoreng Atap

Erm.... saya rasa setakat ni je yang ingat. Insya-Allah bikin ditambah senarainya dari masa ke semasa.