Sunday, April 22, 2012

Teras Kayu & Khasiatnya ( 2 )

Seterusnya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan penawar dan pembisa?

PENAWAR

Teras-teras yang bercirikan penawar dapat menyembuh dan mencegah penyakit-penyakit zahir dan batin. Penyakit zahir ialah seperti penyakit kulit (gatal, melecur, dsb), pening kepala, sakit perut, sakit gigi, dan banyak lagi. Manakala penyakit batin pula ialah seperti gangguan makhluk halus, dizalimi orang, hasad dengki dsb.

Cara Penggunaannya :
1. Minum air rebusan / rendaman teras tersebut ( hendaklah ditapis ).
2. Asah dan lumur pada bahagian yang sakit ( biasanya sakit kulit ).
3. Rendam bahagian yang sakit didalam air yang telah direndam teras ( biasanya sakit melecur).
4. Mandi dengan air yang telah direndam teras.
5. Simpan teras didalam kocek atau dibuat berzikir dengan tasbih daripada teras kayu penawar itu.

Untuk pengetahuan pengunjung, kami sendiri telah mengamalkan meminum air Teras Kemuning Hitam, mengasah dan melumur pada bahagian yang gatal, merendam anggota tubuh yang melecur, dan menggunakan tasbih Teras Kemuning Hitam. Antara kesan yang dapat dirasai ialah :

1. Amalan minum : untuk 1,2 hari, perut akan memulas dan kerap ketandas. Selepas daripada itu, kembali normal. Khasiatnya kulit menjadi tegang dan tidak kering, mencuci usus dsb.
2. Amalan rendam : anggota tubuh yang melecur tidak akan berasa pedih / panas setelah direndam selama 5 minit ( bergantung kepada tahap melecur).
3.Asah dan lumur : bahagian yang sakit akan menjadi kering.

No comments:

Post a Comment